MADRASAH TAHFIZ TAUFIQILLAH

RAYUAN DANA PEMBINAAN DEWAN SERBAGUNA DAN TEMPAT BELAJAR
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah orang yang paling dermawan. Dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan saat beliau bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al Qur’an. Dan kedermawanan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melebihi angin yang berhembus.” (HR. Bukhari, no.6)

Tuan-tuan dan Puan-puan bakal penghuni Syurga sekalian,
Madrasah Tahfiz Taufiqillah (MTT) merupakan sebuah Madrasah yang diusahakan sepenuhnya oleh pasangan suami isteri bertempat di Jitra, Kedah. Pada tahun ini, MTT mempunyai 73 orang bakal Hafiz & Hafizah dimana hampir 70% daripada mereka mendapatkan tajaan sepenuhnya dari MTT kerana kurang berkemampuan.
Mereka ini adalah anak-anak yatim, anak fakir miskin, asnaf dan muallaf. Hasil jualan beberapa produk keluaran MTT digunakan untuk menaja pelajar-pelajar serta menampung kos operasi Madrasah.



Sejak penubuhan MTT pada Oktober 2013, MTT tidak mempunyai dewan pembelajaran yang sempurna. Ini adalah kerana dana yang terhad serta pihak MTT perlu menaja hampir 50 dari 73 orang pelajar yang tidak mampu membayar yuran serta perbelanjaan harian mereka.
Namun begitu, setelah meneliti keperluan dan desakan operasi, MTT berhasrat membina sebuah dewan serbaguna termasuk sekali tempat belajar yang sangat penting bagi melancarkan pembelajaran anak-anak tahfiz ini.
Bangunan yang akan dibina ini mempunyai dua tingkat. Tingkat bawah bakal menempatkan sebuah dewan serbaguna yang lengkap dengan pentas dan sistem pembesar suara. Tingkat atas pula mempunyai dewan kuliah, dewan tarannum & qiraat dan bilik guru.

Pelan Lantas Aras Bawah

PELAN LANTAI ARAS ATAS

Dewan ini bukan sahaja digunakan oleh pelajar Madrasah, tetapi digunakan oleh orang awam terutama golongan dewasa dan warga emas yang juga hadir menuntut ilmu pengajian Al-Quran di sini.
PROSES PEMBINAAN SEMASA
Pihak madrasah sedang berusaha mengumpul dana untuk memulakan pembinaan bangunan baru secepat mungkin yang bertempat di Wang Tepus, Jitra, Kedah dan amat-amat berharap sumbangan atau wakaf dari tuan puan sekalian.


TENTANG MADRASAH TAHFIZ TAUFIQIYYAH

Madrasah Tahfiz Taufiqillah merupakan sebuah pusat pendidikan tahfiz yang menekankan:
i. Aliran Tahfiz Al-quran
ii. Kemahiran Vokasional
Mempunyai 73 orang pelajar asnaf dan 10 orang staf tetap.
Madrasah ini bersama kolej komuniti telah bekerjasama menjalankan kelas kulinari.
Selain itu, madrasah ini juga berfungsi sebagai pusat kemasyarakatan setempat.
Madrasah ini juga menjalankan projek madu kelulut, Hasil dari pengeluaran & penjualan madu kelulut ini digunakan untuk menampung kos operasi madrasah.
SIJIL KELULUSAN KERAJAAN NEGERI DAN JAKIM


Pihak madrasah dan anak-anak tahfiz sangat-sangat memerlukan sumbangan dari pihak tuan puan supaya dapat belajar dan mendalami ilmu agama dengan lebih selesa dan terus berbakti kepada agama dan negara. Bantulah kami.
SEMOGA WAKAF TUAN/PUAN INI DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T SERTA DIBERIKAN SEBAIK-BAIK GANJARAN SYURGA KELAK, AMIN.
UNTUK BERWAKAF, SILA ISI BORANG DI BAWAH DAN TERUS BUAT BAYARAN SECARA ONLINE
